Wednesday, October 25, 2017

AYAT 1

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),

Ibnu Kathir berkata : Allah SWT menegaskan bahawa cinta dunia, kenikmatan yang ada padanya dan kemegahannya telah menyibukkan kamu dari berusaha mencari bekal pada hari akhirat. Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada dalam liang kubur dan menjadi penghuninya.

Dari Muthrif dari bapanya dari Abdullah bin Syikhir ra berkata : Aku mendatangi Nabi SAW dan beliau sedang membaca :
Beliau bersabda : Anak Adam berkata : "Hartaku, hartaku, maka Allah berkata kepadanya : Wahai anak Adam, apakah engkau memiliki dari hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu habiskan, atau apa yang telah engkau pakai lalu menjadi buruk dan apa yang telah engkau sedekahkan lalu diberikan balasan dengannya. Pada sebuah riwayat disebutkan : Dan apa-apa yang harta jagaan itu maka ia pergi dan meninggalkannya untuk orang lain."

AYAT 2

Sehingga kamu masuk kubur.

Ibnul Qayyim berkata : Perjalanan hidup manusia akan melewati alam kubur selepas kematian. Manusia tidak tinggal selamanya dan menetap di dalam kubur. Manusia (di alam kubur) sebagai orang yang datang menziarahinya, sama ada orang yang datang mengunjunginya sebuah tempat lalu pergi beranjak darinya, sebagaimana keberadaan mereka di dunia sebagai pengunjung, bukannya menetap di dalamnya.

AYAT 3

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Maksudnya adalah janganlah memperbanyakkan harta tersebut kerana ianya melalikan kamu dari mentaati Allah SWT, dan kamu pasti akan mengetahui akibat kelalaian kerana berlumba-lumba dalam mengumpulkan harta dunia. Kalimah yang sama diulangi-ulangi untuk memperkuatkan penegasan.

AYAT 4

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari kiamat)!

Namun Ibnu al-Qayyim berkata : Dikatakan pengulangan di atas bukanlah sebuah penegasan akan tetapi pengetahuan yang pertama pada saat seseorang melihat kematian secara nyata ketika maut datang menjemput, sementara pengetahuan yang kedua pada saat seseorang dimasukkan ke dalam kubur. Ini adalah pendapat Al-Hasan dan Muqotil, serta diriwayatkan oleh Atha' dari Ibnu Abbas.

AYAT 5

Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (apa yang akan kamu hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

AYAT 6

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

AYAT 7

Selepas itu - demi sesungguhnya ! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

AYAT 8


Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!